Kes bunvh Nur Farah Kartini: Polis sahkan suspek adalah teman lelaki

Kuala Lumpur: Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun terbabit ditahan susulan siasatan yang dilakukan berhubung kehilangan mangsa.

“Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan, katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Suspek kini dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk permohonan reman.

Semalam, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang sawit di Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dan dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Hussein dilaporkan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

Beliau dilaporkan berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


sumber: metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*