M4ngsa dipercayai tak ‘restu’ kekasih gelap balik kampung jumpa isteri, ugut dedah hubungan sul1t hampir 2 tahun

KES pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dipercayai berpunca daripada tindakannya mengugut dan menghalang suspek yang juga ‘kekasih gelap’nya untuk pulang bercuti bersama keluarga di Melaka.

Sebelum kejadian, suspek, 26, yang berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Balai Slim River di Perak ada menyuarakan hasratnya kepada mangsa untuk pulang ke kampung halaman dan berjumpa isteri.

Bagaimanapun apa yang dimaklumkan oleh suspek itu seolah-olah tidak ‘direstui’ mangsa vang kemudiannya bertindak mengugut suspek untuk mendedahkan tentang hubungan sulit mereka..

“Suspek diugut oleh si mati… dia tak benarkan suspek balik bercuti di Melaka jumpa isteri.

“Si mati tak bagi dan berlaku pergaduhan antara mereka,” menurut sumber.

Arwah Nur Farah Kartini gembira menyarungkan baju konvo dengan keputusan peperiksaannya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada tindakan mencekik mangsa berlaku semasa kejadian mahupun pada waktu lain.

Tambah sumber, suspek dan mangsa sudah berkenalan selama setahun lapan bulan iaitu sejak September tahun lepas.

Bagaimanapun anggota polis itu dikatakan tertekan kerana mangsa mahu mereka berkahwin sedangkan dia sudah mempunyai isteri.

“Jadi si mati ugut nak maklumkan tentang hubungan mereka kepada isteri suspek” katanya.

Terdahulu, tular sekeping gambar yang dipercayai suspek bersama isteri dan anak perempuannya di media sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Balai Slim River direman selama tujuh hari selepas penemuan mayat Nur Farah Kartini ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada pukul 6 petang, Isnin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Tanjung Malim, Perak.

sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*