[VIDEO] Roy Azman Kantoikan Awie Makan Durian Guna Sudu – ‘Jangan Cerita Dengan Orang Oi’

Sebut sahaja nama pelakon Roy Azman, pasti ramai yang kenal dengan telatahnya yang gemar bergurau dan mengusik orang.

Kantoikan Datuk Awie

@thisisroyazman

1st time tengok camni wooo haha 🤣 #wmgs #wmgsasean #wmgskl @awiealpamalo

♬ bunyi asal – Roy Azman – Roy Azman

Terbaharu, Roy atau nama sebenarnya Zairosminan Abdul Rahman berkongsi video dirinya menikmati durian bersama penyanyi rock hebat, Datuk Awie bersama ahli kumpulan Wings Motor Gang Society (WMGS).

Apa yang mencuri perhatian, Roy yang berjalan dari belakang Awie ‘mengkantoikan’ tindakan pelantun lagu ‘Sejati’ itu yang menikmati durian dengan menggunakan sudu.

Entah Melayu mana lah yang makan durian guna sudu ini.

Ahli kumpulan WMGS yang lain juga dilihat terhibur dan ketawa terbahak-bahak melihat gelagat yang ditunjukkan dua selebriti terkenal tanah air itu.

Malu orang tengok aku macam ini, dah lah jangan cerita dekat orang oi.

Setakat artikel ini ditulis, video perkongsian Roy itu telah meraih lebih 2,400,000 tontonan dan lebih 145,000 tanda suka.

Komen netizen

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: TikTok Roy Azman

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*