[VIDEO] Amelia Christie Kongsi Momen Tunai Umrah, Netizen Doa Dapat Umrah Mabrur – ‘Tempat Healing Paling Tenang’

Pelakon jelita, Amelia Christie kini sedang berada Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Kongsi momen di Makkah

@amelialim__

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

♬ suara asli – Sadvibes🥀 – Sadvibes🥀

Menerusi TikTok, pemilik nama Amelia Christie Lim ini memuat naik hantaran memaparkan beberapa momen sepanjang keberadaannya di Makkah dengan berlatarbelakangkan lagu ‘Sahabat Dulu’ nyanyian asal penyanyi Indonesia, Prinsa Mandagie.

Dapat dilihat, momen-momen yang dikongsikan Amelia itu begitu tenang sehingga mendatangkan impak ke dalam diri wargamaya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar mereka juga akan dijemput ke Makkah satu hari nanti.

Wargamaya turut meninggalkan komen memuji penampilan Amelia yang begitu manis bertudung dan mendoakan agar pelakon berusia 24 tahun itu dikurniakan ibadah umrah yang mabrur.

Komen netizen

Sumber: TikTok Amelia Christie

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*