Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa enggan mahu mengulas lanjut berhubung gambar salah satu produk keluarannya, Isterix yang didakwa mengandungi grafik berunsur lucah.
Neelofa enggan ulas lebih lanjut
Ketika ditemui media di majlis pembukaan kedai Nunha yang pertama di pusat beli belah Mytown, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor menegaskan Instagram nilofagroup telah memuat naik kenyataan pasukan ‘Isterix’ yang memohon maaf berhubung isu terbabit.
Saya rasa komen dan penjelasan lanjut tidak lagi diperlukan sekarang ini lagi sebab takut jadi panjang cerita. Dari pihak jenama tersebut sudah membuat permohonan maaf dan kita sudah akui apa yang perlu.
Saya rasa itu sudah ada ‘fullstop’, jadi kita teruskan pada episod yang seterusnya dan saya rasa lebih baik kita tidak bercakap soal itu.
Dalam pada itu, isteri kepada Haris Ismail ini akui perkara tersebut memberikan pengajaran buatnya, namun enggan memanjangkan ulasan berkenaan perkara itu.
Ya pengajaran tapi tiada ulasan lain.
Terdahulu, akaun Instagram rasmi Nilofa Group telah memuat naik beberapa foto objek yang seakan-akan menyerupai alat sulit wanita telah dimuat naik bertujuan untuk mempromosikan produk untuk mengeratkan hubungan suami isteri.
Namun, perkongsian tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warga mayamalah mereka menyifatkan foto-foto yang dikongsikan itu seakan tidak menjaga sensitiviti masyarakat selain mempunyai unsur ‘soft porn’.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Oh Bulan
Leave a Reply