Pasangan pempengaruh yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini masih menajdi topik bualan ramai masyarakat di media sosial.
Salah satu isu yang dibangkitkan adalah imej islamik serta aktiviti mereka sering berdakwah di media sosial dan turut menggalakkan orang ramai untuk menderma.
Cara mudah influencer buat duit
Seorang individu terpanggil untuk berkongsi tentang hal tersebut memandangkan dia pernah melaluinya sendiri sebelum ini.
Menurut Emir Haqim, dia tahu bagaimana kebanyakan pempengaruh menjadi kaya raya hanya dengan mempromosikan derma di platform media sosial.
Dedahnya, dia sebelum ini pernah mendapat pelawaan daripada JomDonate untuk membantu menguar-uarkan dan menggalakkan orang ramai menderma.
Dapat komisyen 20 peratus
Ketika itulah dia mendapat tahu bahawa pencipta kandungan atau pempengaruh yang mempromosikan itu akan diberikan komisyen sebanyak 20 peratus daripada jumlah kutipan tersebut.
Influencer cuma buat video pendek macam tazkirah pasal sedekah gitu je. Lepas tu letak link. Licik betul.
Menerusi Instagram story, Emir mendedahkan antara kempen yang sering dipromosi oleh pempengaruh adalah sedekah kurma pada bulan Ramadan, infaq makanan untuk berbuka puasa dan bubur lambuk.
Kutip RM5,000 dapat RM1,000. Kalau dapat kutip RM50,000? RM500,000? Berapa banyak influencer dapat? Ini baru satu kempen.
Patutlah si Aliff teega Dan Aisyah hijanah kaya semacam. macam ni rupanya bayaran influencer kutip donation.🤔 pic.twitter.com/Hw6lZlNPIx
— muhd nazim (@FaizMazli4) July 11, 2024
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply