Belum sedia sepenuhnya, Iera Milpan kini tidak lagi bertudung… Mohon jangan salahkan ibu bapa

PENYANYI iera Milpan tidak terlepas daripada menerima kecaman selepas kembali tampil tanpa memakai tudung.

Menerima baik setiap pandangan dan teguran, lera atau Syahirah Milpan, 22, bagaimana pun berharap kata kata tersebut tidak menyentuh kedua ibu bapanya.

“Ramai yang menegur termasuk dalam kalangan keluarga juga. Tapi mereka yang menegur itu tidak boleh nak paksa apa yang saya buat.

lera tampil berhijab Ramadan lalu.

“Kalau nak kecam tentang penampilan, suara atau diri saya tiada masalah. Cuma tolonglah jangan libatkan kedua ibu bapa. Ada yang keterlaluan sehingga melemparkan kata-kata buruk kepada mereka,” luahnya.

lera sebelum in mendedahkan hatinya terbuka untuk mengenakan hijab pada 1 Ramadan lalu selepas mendengar ceramah berkaitan aurat.

Bagaimanapun menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram penyanyi lagu Retak Hatiku ini dilihat tidak lagi memakai tudung.

Mengakui belum bersedia sepenuhnya, lera juga menafikan tindakannya itu disebabkan tuntutan kerja.

“Sava buka tudung bukan sebab kerja, ini adalah diri saya sendiri. Mungkin sebelum ini hati saya belum bersedia 100 peratus.

“Jika orang bercakap tentang hal ini, saya juga terima dengan baik kerana ini salah sendiri” ujarnya.

Tindakan buka tudung bukan sebab tuntutan kerja.

lera juga lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang berkenaan penampilannya itu kerana sedar ia adalah satu isu yang sensitif.

Penyanyi in sebaliknya berharap doa orang ramai supaya dia berubah ke arah lebih baik.

“Buat masa ini saya boleh katakan on and off bertudung. Saya tidak mahu bercakap lebih soal penampilan ini.

“Sava minta maaf kepada semua kerana ramal yang tidak suka. Saya hanyalah manusia biasa yang juga melakukan kesilapan. Doa yang baik-baik buat saya,” ucapnya.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*