Tular Pendedahan Sisi Gelap Aisyah Hijanah Sebagai Majikan, Didakwa Kerap Maki Hamun & Berhentikan Staf

Selepas penangkapannya menjadi bualan hangat, tular pula hantaran di X mendedahkan sisi gelap pempengaruh Aisyah Hijanah sebagai majikan.

Menerusi hantaran itu, Aisyah didakwa menganiaya ramai pekerjanya malah menunggang agama untuk hidup dalam kemewahan.

Kerap maki hamun, berhentikan staf

Hantaran itu turut mendakwa Aisyah mempunyai sikap majikan yang toksik kerana kerap memecat pekerja sesuka hati dan tidak memberikan gaji penuh kepada staf yang sudah berhenti.

Staff memang sentiasa keluar masuk….dah jadi macam ritual setahun sekali dia akan pecat staf. Kalau tak pecat pun, dia akan buat macam-macam alasan supaya staf berhenti sendiri.

aisyah hijanah majikan toksik

Aisyah juga didakwa bersikap kasar dengan pekerja dan kerap memaki hamun serta menjerit di dalam pejabat. Segelintir pekerjanya juga dikatakan menyimpan rakaman suara ketika kejadian namun tidak disebarkan kerana takut disaman majikan.

Suka kutuk belakang

Turut tular adalah tangkap layar komen daripada seorang bekas pereka grafik syarikatnya yang tidak menggalakkan orang ramai memohon kerja di syarikat itu.

Menerusi komen terbabit, individu tersebut mendakwa Aisyah kerap menukar keputusan pada saat-saat akhir selain turut berkata dia akan mengutuk belakang tentang pekerjanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*