Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Memang sesuai sangat peribahasa ini digunakan untuk situasi yang berlaku terhadap seorang lelaki di Perak ini.
Penyamaran seorang lelaki sebagai tentera terbongkar selepas anggota sebenar berusia 36 tahun dapat menghidu tindak tanduknya.
Menyamar untuk makanan percuma
Menurut laporan, lelaki berusia 20 tahun itu menyamar sebagai tentera demi untuk mendapatkan makanan percuma di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan dibuat selepas seorang anggota tentera membuat aduan tentangnya. Difahamkan anggota itu menyedari tata pemakaian seragam (tentera) yang dipakai lelaki itu adalah salah.
Dia kemudian menghampiri suspek dan meminta kad pengenalan tentera namun gagal mengemukakannya dan hanya menunjukkan MyKad sahaja.
Siasatan awal, suspek memberitahu dia memakai pakaian seragam tentera di hospital kerana mahu menarik perhatian orang ramai dan untuk mendapat makanan percuma.
Beli baju tentera dekat kedai
Suspek kemudian mengakui telah membeli pakaian seragam itu dari sebuah kedai di Tambun dan mempunyai minat untuk menjadi anggota tentera.
Polis turut merampas beberapa bukti, termasuk sepasang pakaian seragam penyamaran digital hijau, sepasang but taktikal hitam, kemeja-T, dan tali pinggang hitam dengan gesper logam.
Kes ini disiasat dibawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memakai apa-apa pakaian, atau membawa apa-apa token yang menyerupai pakaian atau token yang digunakan oleh askar, kelasi atau tentera udara.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : beautifulnaara
Leave a Reply