[VIDEO] Wajah Halim Radzi Seiras Jalaluddin Hassan Curi Perhatian Netizen – ‘Please Berlakon Jadi Anak & Bapa’

Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan dan Halim Radzi menyorot perhatian warganet apabila wajah mereka dikatakan mirip.

Wajah serupa

@halimradz

Semalam saya shooting sebelah set Papa saya, The one and only Dato’ Jalaluddin Hassan 🫶🏼🥹

♬ original sound – Halim Radzi – Halim Radzi

Menerusi hantaran di TikTok, Halim atau nama penuhnya Abdul Halim Radzi Sapari memuat naik video yang memaparkan dia dan Jalaluddin sedang berada di set penggambaran.

Semalam saya shooting sebelah set papa saya, satu-satunya Datuk Jalaluddin Hassan.

Paling menarik perhatian adalah raut wajah dan senyuman mereka yang dilihat serupa.

Datuk, selalu orang cakap muka kita sama. Kalau saya dah berumur nanti muka macam Datuk memang handsome.

Saya macam ‘flashback’ Datuk masa muda.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkata tentang perkara yang sama malah ada yang menyatakan bahawa mereka kelihatan seperti anak dan bapa.

Ya Allah, sama sebiji muka. Cara pun sama jenis baik dan soft spoken. Dua-dua kacak versi muda dan berusia.

Please berlakon jadi anak dan bapa.

Betul la, pertama kali tengok memang sama.

Dulu, mati-mati ingat Halim ni anak Datuk Jalaluddin.

Macam anak dan bapa, muka ada iras-iras.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: TikTok Halim Radzi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*