TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta orang ramai agar menghormati privasi mengenai dirinya.
Di sebalik pesanan itu, Tengku Hassanal berkata baginda tetap menghargai keprihatinan rakyat yang berminat untuk mengetahui tentang kehidupan peribadinya.
“Sebagai seorang putera raja dan pewaris negara, saya amat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan dalam kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.
“Walau bagaimanapun, saya meminta agar keputusan peribadi dan privasi saya mengenai perkahwinan masa dean saya dihormati,” ujarnya.
Tengku Hassanal berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram pada Khamis malam.
Tambahnya, baginda kini mahu meletakkan fokus terhadap tugas-tugas serta tanggungjawabnya ke atas rakyat jelata.
“Saya percaya bahawa kehidupan yang begitu bermakna pilihan harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai untuk saya.
“Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara, dan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab saya dengan penuh dedikasi.
“Sokongan anda amat kami hargai. Terima kasih,” ujarnya lagi.
Leave a Reply