Adik pula ‘menyusul’… M4ngsa kedua makan keropok ber4cun meningg4l dunia – “Hilang sudah kes4kitannya”

“HILANG sudah kesakitannya.”

Demikian kata-kata Nurain Hasnorizal selepas anak keduanya, Muhammad Luth Syauqi menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang pada pukul 1.24 petang, Jumaat.

Lebih menyedihkan apabila wanita berusia 25 tahun ini baru sahaja kehilangan anak sulungnya Muhammad Akil pada Rabu, selepas termakan keropok berbalut racun tikus, dalam kejadian pada Ahad.

“Luth sudah meninggal dunia jam 1.24 tengah hari tadi, hilang sudah kesakitannya.

“Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya,” katanya dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

Dalam kejadian pada Ahad, dua kanak-kanak itu muntah di rumah sebelum ibu mereka membawa ke Klinik Kesihatan Malau dan kemudian ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok yang tergantung di dawai besi pagar kebun milik jiran yang mengandungi racun bagi tujuan memerangkap monyet.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*