14 tahun bina nama di Amerika Syarikat, Yuna rancang kembali menetap di Malaysia – “Kehidupan di KL jauh lebih baik”

BAGAI sirih pulang ke gagang… Begitulah dapat digambarkan tentang penyanyi Yuna yang mahu perlahan-lahan kembali menetap di Malaysia.

Selepas 14 tahun menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat, Yuna tau Yunalis Mat Zara ai merasakan kualiti hidup di negara sendiri lebih baik selain merindui pelbagai perkara tentang Malaysia.

Sebagai langkah pertama kata penyanyi lagu Crush ini, dia akan bercuti di Kuala Lumpur sehingga Oktober depan.

Yuna rindu dengan kehidupan di Malaysia.

“Saya ambil langkah perlahan-lahan untuk buat ‘base’ saya di Kuala Lumpur sebab rasanya kualiti kehidupan di sini jauh lebih baik berbanding di Amerika Syarikat.

“Saya pun mahu pulang dan memberi sumbangan kepada komuniti seni di Malaysia termasuk arena muzik tempatan.

“Saya pun sudah nak tua, sudah penat berjalan-jalan… Saya mahu duduk Malaysia dan sarapan nasi lemak setiap hari.

Memandangkan saya ada komitmen, saya akan berada di KL sampai Oktober,” katanya.

Yuna berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program realiti Gimme The Mic yang diadakan pada Khamis.

Dalam pada itu, Yuna berkata, keputusan untuk kembali menetap di Kuala Lumpur juga turut mendapat persetujuan suaminya iaitu Adam Sinclair.

Kata Yuna, sudah lama dia berhasrat untuk pulang ke Malaysia dan bersyukur keputusan itu diterima baik oleh Adam.

“Memang saya buat keputusan ini bersama suami, sudah lama kami berfikir tentangnya dan Alhamdulillah keputusan itu diterima baik,” ujarnya.

Sebelum ini banyak juga tawaran sebagai juri tapi terpaksa tolak.

YUNA AZRAI

PENYANYI

Dalam perkembangan lain, Yuna bakal bertindak sebagai juri program Gimme The Mic bersama Ajai, Hael Husaini serta penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari.

Yuna memberitahu dia teruja dapat menyertai program tersebut memandangkan ia bakal mengetengahkan ramai bakat baharu.

“Sebelum in banyak juga tawaran sebagai juri tapi terpaksa tolak tapi kali ini saya tak fikir panjang sebab memang nak balik ke Malaysia.

“Saya suka dengan idea program in yang mahu mencari raw talent, bukannya untuk artis yang sudah ada nama.

Yuna sudah sedia dengan pelbagai perancangan di Malaysia.

“Itu membuatkan saya mahu jadi sebahagian daripada program ini sebab saya nampak diri saya sebagai peserta dan terus setuju menjadi juri,” katanya.

Bercakap mengenai karier seni, Yuna memberitahu dia bakal muncul dengan lagu terbaharu selain berharap dapat melibatkan diri dalam program amal.

“Sava ada lagu baru akan dilancarkan, insya-Allah tahun ini juga. Ada empat lagu yang sudah siap dan mungkin akan lancarkannya terlebih dahulu,” katanya.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*