PELAKON dan pengacara Sean Lee membuat kejutan apabila mengumumkan sudah bergelar suami dengan wanita pilihannya iaitu model Bay Doucet, 26 tahun.
Sean, 30, mendedahkan perkara itu menerusi beberapa foto memperlihatkan dia bersama isteri lengkap berpakaian putih dipercayai selepas majlis pernikahan mereka.
Menerusi salah satu foto yang dikongsi di Instagram, memperlihatkan tiga cenderamata yang diletakkan di atas meja dipercayai sebagai hadiah kepada tetamu.
Salah satu cenderamata kotak berwarna putih tertera perkataan ‘Just Married’ berserta namanya dan isteri.
Manakala kipas tangan yang diletakkan di bahagian tepi meja pula tertera tarikh 7 Julai 2024 iaitu hari mereka disatukan sebagai suami-isteri.
Turut kelihatan sebuah botol yang tertera tulisan dalam bahasa Thailand.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa terkejut namun mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan mempelai.
“Drama atau perkahwinan sebenar? Apapun tahniah Sean dan pasangan.
“Tahniah dan semoga bahagia bersama ke akhir hayat.
“Senyap-senyap ubi berisi, tahniah Sean dan isteri,” tulis netizen.
Selain itu, rakan-rakan artis turut sama menzahirkan rasa gembira terhadap perkhabaran berkenaan.
Antaranya, Hun Haqeem, Eyka Farhana, Tabby Dolla, Aiman Hakim Ridza, Sarah Suhairi, Shiha Zikir dan Azira Shafinaz.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : hm
Leave a Reply