BERANG dengan sikap para pekerja yang didakwa tidak mengikut arahan, seorang majikan di sebuah premis makanan bertindak menghumban beberapa hidangan yang siap dimasak ke lantai.
Menerusi satu video yang tular, difahamkan majikan lelaki itu tidak berpuas hati kerana para pekerjanya menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak terlalu awal daripada waktu sepatutnya.
“Tengok ni, aku cakap berapa kali dah. Buat (masak) jangan banyak. Kejap lagi pukul 10 pagi orang nak break time (waktu sarapan) buat lain.
“Berapa kali dah aku cakap… aku cakap dengan mulut! Jangan buat banyak-banyak. Nanti pukul 10 buat lain. (Aku) nak bagi orang makan sedap (segar baru dimasak). Ni benda (makanan) tak habis, jadi terbiar.
“Roti canai keras. Siapa yang menanggung (kerugian)? Jadi apa dalam ni aku yang kena semua. Anda tak ada rugi apa pun. Aku dah cakap, aku nak benda berkualiti,” ujar lelaki berkenan dalam nada menengking.
Sambil memarahi para pekerjanya yang tidak kelihatan di dalam video berkenaan, lelaki tersebut menolak ke lantai tiga tray makanan yang berisi mi dan nasi goreng.
Jika diperhatikan video berkenaan dibuat oleh lelaki itu sendiri.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi dan bila kejadian itu berlaku sebelum video berdurasi seminit dan empat saat itu dikongsi semula seorang pengguna laman X.
Menerusi ulasannya berkaitan video berkenaan, individu itu cuba mempertahankan tindakan agresif si majikan yang menurutnya mempunyai asas untuk berbuat demikian.
“Jangan masak banyak-banyak, (jumlah) makanan (sesuai) sampai pukul 10 pagi hingga 11 pagi je, lepas tu masak baharu (sekiranya habis). Dah cakap banyak kali apa yang tak faham.
Jadilah tauke dulu baru anda semua faham… orang tu stres menanggung kos.
NETIZEN
“Maksudnya staf (pekerja) yang tak faham arahan. Nanti makanan tu tak sedap sebab sejuk, roti keras. Yang kena jawab tauke, staf tak kena apa.
“Nak kena sedekah hari-hari ke? (Sila) berniaga dulu baru tahu mana waktu sesuai untuk sedekah,” katanya.
Hantaran yang dikongsikan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut memberikan pendapat mereka.
Rata-rata memahami konteks yang cuba disampaikan majikan itu iaitu setiap pekerja perlu bekerja mengikut arahan selain penekanan tentang pentingnya menyediakan makanan segar dan berkualiti kepada pelanggan.
“Saya faham dan setuju dengan bos dia tapi tak payah la nak baling makanan tu.
“Jadilah tauke dulu baru anda semua faham. Orang tu stres menanggung kos bagai. Pandai pula anda nak nasihatkan dia.
“Yang kerja bahagian food and beverages (f&b) mesti faham. Tak kisah apa jenis fast food. Kau kena dengar dan tengok apa pengurus atau penyelia suruh. Semua tu modal dan kalau tak habis akan jadi pembaziran,” komen netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar
Leave a Reply