Seorang pekerja di agensi agama mencuri perhatian apabila memberikan komen terhadap reaksi yang ditunjukan dua pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies sewaktu hadir ke prosiding pertuduhan melibatkan kes khalwat mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.
‘Belum pernah lagi lihat…’
Sepanjang berkhidmat di agensi agama lebih 10 tahun belum pernah lagi saya melihat kes tangkapan khalwat melibatkan pasangan apabila didakwa di mahkamah dia dalam keadaan senyum dan seronok. Seronok berjumpa dengan kawan-kawan media katanya sampai lupa ini kes tangkapan khalwat. pic.twitter.com/FOUpTkq1ZX
— ARN ????? (@IamAjak) July 4, 2024
Menerusi ciapan di aplikasi X, individu yang menggunakan nama @iamAjak itu mengakui hairan melihat reaksi Ruhainies dan Aliff yang tersenyum ceria dan gembira sewaktu tiba di perkarangan mahkamah.
Menurutnya, belum pernah dirinya melihat mana-mana pasangan yang didakwa terlibat dengan pertuduhan kes itu tersenyum sepanjang 10 tahun dirinya berkhidmat di agensi agama.
Sepanjang berkhidmat di agensi agama lebih 10 tahun, belum pernah lagi saya melihat kes tangkapan khalwat melibatkan pasangan apabila didakwa di mahkamah dia dalam keadaan senyum dan seronok.
Seronok berjumpa dengan kawan-kawan media katanya sampai lupa ini kes tangkapan khalwat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan ciapan individu tersebut sambil mempertikaikan tindakan kedua selebriti tersebut yang tersenyum ketika ditemu bual pengamal media.
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff mencuri perhatian apabila mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka pada 9 Mac lalu.
Kedua-dua mereka membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.
Bukan itu sahaja, Ruhanies turut dikecam ramai kerana dianggap tidak sensitif apabila dia dilihat tersenyum lebar ketika hadir ke mahkamah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Aplikasi X
Leave a Reply