Rasa j1jik lakon babak c1um dan jil4t kaki Farah Ahmad, Hariz Hamdan lakukan atas dasar tanggungjawab sebagai pelakon

JIJIK perlu melakukan babak mencium dan menjilat kaki aktres Farah Ahmad, pelakon Hariz Hamdan bagaimanapun tetap berusaha melakonkan aksi itu dalam drama bersiri X-Change.

Sebagai seorang pelakon, Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, berkata dia memegang tanggungjawab besar dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah drama atau filem.

“Kalau lihat babak tersebut (cium dan jilat kaki), kaki itu ada lalat, lumpur dan pasir, sebab masa penggambaran di Hulu Langat dan kawasan tu hujan.

Hariz jayakan babak cium dan jilat kaki atas rasa tanggungjawab sebagai pelakon.

“Saya buat babak cium kaki tu sebab itu tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon.

“Walaupun babak tu saya rasa jijik, tapi apa pun ia sudah jadi tanggungjawab saya untuk jayakan babak itu,” katanya.

Dalam pada itu, Hariz berkata semasa melakonkan babak berkenaan, dia hampir muntah, namun terpaksa menahan perasaan itu.

Malah dia memuji pelakon yang juga merupakan guru lakonannya iaitu Farah kerana memberikan sokongan supaya melakukan aksi itu dengan emosi sebenar.

“Saya hampir muntah tapi saya terpaksa tahan sebab babak itu dilakukan sebanyak lima kali.

“Farah adalah guru lakonan kami jadi apapun dia nak lakonan dengan emosi sebenar yang saya boleh bagi, jadi bila cium kaki tu memang bau kakilah.

“Terima kasih juga pada Farah sebab dia buat saya dapat emosi yang sebenar tersebut semasa jayakan babak itu,” ujarnya.

Hariz bersama Rosyam, Sadiq dan Arfie bergabung dalam drama bersiri X-Change.

Meskipun sanggup melakonkan babak sukar sedemikian, Hariz berkata dia mash lagi perlu menilai sesuatu skip atau karakter sebelum bersetuju menerima babak berkenaan.

“Saya tengok pada skip dan karakter, kalau ia memerlukan untuk jayakan sesebuah jalan cerita saya akan buat,” jelasnya.

Selain Hariz dan Farah, pelakon lain yang membintangi drama X-Change ialah Rosyam Nor, Arfie Shah, Marissa Yasmin, Joey Leong serta Sadig Jamil.

Drama bersiri terbitan Astro Originals it akan menemui penonton di Astro Ria dan platform penstriman Astro Go serta Sooka bermula 12 Julai depan.

sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*