Pekerja pusat kitar semula amanah… Jongkong emas ditemui dalam tong sampah akhirnya ‘pulang’ ke tangan pemilik

SEORANG pekeria di pusat kitar semula Banpo Xi, Seoul menemui jongkong emas yang disimpan di dalam kotak cakera padat (CD), pada Rabu.

Menurut laporan The Korea Herald, penemuan itu kemudiannya dihebahkan di forum komuniti atas talian (online) bag mencari pemilik jongkong emas berkenaan.

Menerusi hebahan di forum komuniti itu, pemilik jongkong emas tersebut perlu menghubungi pihak berkuasa pangsapuri yang berkenaan bagi mendapatkan kembali aset mereka.

Malah pemilik juga perlu menerangkan lokasi tong kitar semula di mana jongkong emas ditemui dan bentuk kotak CD bagi membuktikan pemilikan.

“Kami akan memulangkan jongkong emas selepas mengesahkan tuntutan and melalui rakaman kamera litar tertutp (CCTV),” kata notis yang dipaparkan di forum itu.

Difahamkan, pemilik sebenar menuntut jongkong emas tersebut keesokannya (Khamis).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*