2 tahun lawan rasa malas, Fauzi Nawawi berjaya tamat pengajian diploma… Mahu jadi contoh buat anak-anak

USIA dan kesibukan kerja bukan penghalang buat pelakon Fauzi Nawawi menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Meatech Creative Academy.

Fauzi atau Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 51, sebaliknya berkata, semangat isteri iaitu Lisdawati pendorong dia berazam mencapai sesuatu dalam kehidupannya.

Malah bapa kepada lapan cahaya mata ini mahu memberi contoh terbaik buat kesemua anak-anakya.

Fauzi ketika menerima diploma.

“Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.

“Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.

“Saya ada lapan orang anak dan sebagai ketua keluarga, kenalah beri contoh terbaik,” katanya.

Fauzi diraikan dalam Majlis Konvokesyen Meatech ke-6 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Fauzi berharap keputusan menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir tentang golongan selebriti tidak mementingkan pelajaran.

Malah dia sendiri terinspirasi daripada ramai golongan selebriti lain yang beriaya menggenggam ijazah walaupun sibuk dengan aktiviti seni.

Saya mahu perbetulkan tanggapan sebegitu dan menjadi bukti golongan artis juga berpelajaran

FAUZI NAWAWI

PELÄKON

“Ramai artis berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga mahu merasa seperti itu. Walaupun sibuk berlakon, pelajaran tak pernah tinggal.”

“Mungkin ramai anggap orang yang tidak beriava dalam pelajaran lebih memilih menjadi artis. Saya mahu perbetulkan tanggapan sebegitu dan menadi bukti golongan artis juga berpelajaran,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman sepaniang dua tahun pengajian, Fauzi akui ia bukanlah satu tempoh yang mudah.

Fauzi dan Darling (kanan) berkongsi kegembiraan tamat pengajian.

Namun pengorbanan masa dan tenaga selama ini ternyata berbaloi dan kini mampu berbangga dengan pencapaiannya.

“Biasalah bila usia semakin meningkat, rasa malas nak belajar itu memang ada. Itu perlu saya lawan selama tempoh pengajian ini.

“Dalam masa sama saya juga sibuk dengan penggambaran dan jadual kerja lain. Perlu susun masa dengan betul supaya dapat seimbangkan semua perkara,” jelasnya.

Selain Fauzi, pelakon dan penerbit Darling Ngasri serta aktres Rozie Rashid juga berjaya meraih diploma dalam bidang sama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*