Gempar pemuda ditemukan M4ti terg4ntung di ‘flyover’, pesanan terakhir cetus tanda tanya

PENDUDUK setempat digemparkan dengan penemuan seorang lelaki yang ditemukan tergantung di sebuah jejambat (flyover), pada Jumaat.

Misteri penemuan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila orang ramai mahu melihat mayat mangsa yang tergantung.

Mangsa turut dikatakan menulis pesanan terakhir sebelum menggantung diri.

Kejadian berlaku di Jejambat Cimindi, Kecamatan Andir, Kota Bandung di Indonesia.

Pegawai Penyelia Polis (Pawas), Inspektor Ano Somarno berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berhubung mayat seorang lelaki yang ditemukan tergantung di Jejambat Cimindi pada pagi Jumaat.

Anggota bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan tergantung yang diikat dengan seutas tali. Mangsa ditemukan lengkap berpakaian dan memakai kasut.

Pasukan polis kemudian memindahkan mayat manga sebelum dihantar ke hospital.

Dalam pada itu, mangsa menulis meminta untuk dibawa ke sebuah hospital kerana ibu bapanya bekeria di hospital tersebut.

“Sila bawa saya ke Hospital XXXXXXXXX. Ibu bapa saya bekerja di sana. Encik XXXXXX XXXXX dan
Puan XXXXXX XXXXXXX; katanya.

Pesanan yang ditulis pada sekeping kadbod it ditemui berhampiran lokasi manga tergantung.

Sebagai peringatan, perbuatan membunuh diri adalah haram dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -OkeNews

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*