MUNGKIN ramai tidak mengetahui sebelum berkahwin dengan Datuk Seri Adan Abu, penyanyi Adira pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang terlibat dalam dunia politik.
Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, berkata, dia hampir sahaja menjadi ‘orang kelantan namun akur tiada jodoh dengan lelaki asal negeri berkenaan.
“Saya hampir-hampir pernah menjadi ‘orang Kelantan’ dulu. Bekas tunang saya orang sana tapi tak jadi (berkahwin)” katanya.
Netizen petik nama Shahrul sebagai bekas tunang Adira.
Adira berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok.
Walaupun tidak mendedahkan siapa lelaki yang dimaksudkan namun rata-rata netizen memberitahu jejaka berkenaan adalah Shahrul Nasrun Kamarudin.
Rata-rata pengikut setia penyanyi asal Sabah it belum lupa dengan percintaan Adira dengan Shahrul walaupun ia kisah lama.
“Shahrul Nasrun, kan? Bekas tunang dia kaya dan sekarang sudah berkahwin dengan seorang pengasas produk yang cantik,” komen pengikutnya.
Untuk rekod, Adira pernah mengikat tali pertunangan dengan Shahrul pada 22 Disember 2014.
Bagaimanapun ikatakan pertunangan dengan Exco Pemuda Umno itu terlerai pada April 2015 namun Adira enggan mendedahkan punca perpisahan mereka.
Lapan bulan kemudian, Adira mendirikan rumah tangga dengan Adnan atau Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.
Perkahwinan sembilan tahun dengan Adnan bagaimanapun berakhir dengan penceraian pada 24 April lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Leave a Reply