[VIDEO] Miliki Wajah Mirip Tengku Hassanal, Remaja 15 Tahun Raih Populariti – ‘Ni Mesti Maknya Terkenan Masa Mengandung’

Baru-baru ini tular video di TikTok memaparkan seorang remaja yang memiliki wajah mirip Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Wajah mirip Tengku Hassanal

@kakned_kombuchaqueen

Bila nak balik ke asrama ada jerrr perangai dia. Dia suruh teman makan sama. Dia suruh hugs. Dia tido dekat peha. Dia minta extra time. Terrrpaling manja, my ustaz @Halifdaniel -_-

♬ original sound – kombuchaqueen – kombuchaqueen

Menerusi video tular itu, remaja yang dikenali sebagai Halif Daniel, 15, dilihat sedang melambai tangan ke arah ibunya sebelum pulang semula ke sekolah berasrama penuh.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon daripada warga maya yang rata-ratanya menyifatkan wajah Halif Daniel sekali dipandang persis wajah Tengku Hassanal ketika di usia remaja.

Tidak kurang juga ada yang berharap agar Halif Daniel berpeluang untuk berjumpa dengan Tengku Hassanal, anakanda Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sebelum ini, seorang bayi berusia lapan bulan iaitu Muhammad Arshaka Idraki Azizi mengecap populariti di laman sosial selepas ramai yang menyamakan wajahnya mirip Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ketika bayi.

Komen

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*