Luluh hati cucu ‘nenek viral’ meninggal selepas 33 tahun bersama! Rindu bacaan merdu mengaji, suara ajak solat jemaah

SUARA merdu dan lunak bacaan al-Quran oleh seorang nenek yang usianya menghampiri satu abad, tidak lagi kedengaran selepas ini.

Warga emas itu yang pernah tular menerusi video memaparkan dirina menghafal surah Al-Masad dengan wajah begitu tenang, dijemput llahi minggu lepas.

Mutalib (kiri) begitu rapat dengan arwah nenek.

Khabar duka mengenai pemergian Allahyarhamah Zainab Abu Bakar itu dikongsi oleh cucunya menerusi Instagram Story pada
Selasa.

Berkongsi cerita, cucu arwah iaitu Abdul Mutalib Abdul Mubin berkata, neneknya menghembuskan nafas terakhir pada usia 94 tahun akibat serangan jantung pada 18 Jun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ♠️♥️♣️♦️ (@mutalibmubin)

Pemuda berusia 33 tahun itu bagaimanapun hanya mempunyai kekuatan untuk berkongsi mengenai berita sedih itu selepas genap seminggu pemergian neneknya.

“Nenek meninggal dunia sehari selepas Hari Raya Aidiladha. Masa raya tu nenek okay, siap boleh beraya dengan keluarga dan menerima kunjungan tetamu serta rakan-rakan.

“Esok pagi selepas Subuh, nenek terkena serangan jantung dan dimasukkan ke hospital. Pada sebelah petang nenek disahkan sudah meninggal dunia, katanya.

Untuk rekod, kisah Allahyarham Zainab pernah disiarkan pada September 2023, menceritakan mengenai hubungan rapat dengan cucu kesayangannya ini dan sering berkongsi momen bersama menerusi video-video yang dimuat naik di laman sosial

Mengulas lanjut, dia yang mesra disapa Mutalib mengakui mash terkejut kerana kehilangan neneknya yang dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein On di Cheras, Selangor, pada malam 18 Jun lalu.

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*