Siti Nurhaliza Kunci Mulut Isu Pelantikan Sebagai Pakar, Tunggu Kenyataan Rasmi Pihak Universiti

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung pelantikannya sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced) yang tular sejak kelmarin.

Tunggu kenyataan rasmi

Menerusi kenyataan media pengurusannya, Siti Nurhaliza Productions memaklumkan bahawa beliau akan berbuat demikian selepas pusat pendidikan tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

Salam rakan-rakan media semua. Buat masa ini, Siti tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sempena pelantikan pakar di UMCced kerana kenyataan rasmi harus dikeluarkan terlebih dahulu oleh pihak berkenaan.

Selepas kenyataan rasmi sempena pelantikan dibuat, Siti akan beri maklum balas kepada media mengenai perkara ini.

Sementara itu, Siti turut memohon maaf tidak dapat memberi kenyataan susulan perkara itu.

Terima kasih kepada rakan-rakan media dan mohon maaf kerana buat masa ini, Siti tidak dapat memberikan kenyataan.

Terdahulu, pelantikan Siti itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kononnya tidak layan diberikan jawatan berkenaan kerana tiada kelayakan akademik kukuh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Harian Metro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*