Selepas perancangan untuk mendirikan rumah tangga tidak menjadi, aktres Mimi Lana dan aktor Syafiq Kyle masih menjaga hubungan baik antara mereka.
Terbaru, ucapan aktres berusia 29 tahun itu kepada Syafiq sempena ulang tahun kelahirannya meraih perhatian ramai pengikutnya terutamanya peminat mereka berdua.
Sayang pada Syafiq kekal selamanya…
Menerusi Instagram, Mimi mengucapkan selamat hari lahir kepada Syafiq dan memberi gambaran bahawa dia selesa dengan aktor tersebut. Malah dari dulu hingga kini Mimi akui akan mencari Syafiq di kala dia melalui hari yang sukar atau gembira.
Sayang saya pada awak akan kekal selamanya walaupun takdir kita masih belum pasti. Selamat hari lahir kepada Bintang dan ‘kembar’ saya.”
View this post on Instagram
Kahwin jela – Peminat
Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan respon peminat yang berharap agar Mimi dan Syafiq ke jinjang pelamin.
Dalam pada itu, ada yang tertanya-tanya apakah status hubungan mereka selepas tidak jadi berkahwin mengikut perancangan pada tahun lepas.
Beberapa rakan artis dilihat turut memberi ucapan hari lahir kepada Syafiq yang ke 32 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply