Aktres sensasi, Ruhainies tampil bersuara susulan ada pihak tidak bertanggungjawab bertindak menggunakan namanya dan pelakon Aliff Aziz untuk tujuan meraih publisiti.
Minta padam hantaran
Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah, 31, meminta pihak tersebut memadam hantaran kad digital majlis pertunangan yang berisi namanya dan Aliff dan memaklumkan bakal mengambil tindakan tegas sekiranya individu tersebut enggan berbuat demilkian.
“Kepada @kaddigital.murah, sila take down post ini atau tindakan tegas akan diambil. Dan saya juga tidak akan halalkan awak berbisnes dengan cara menggunakan nama saya untuk tujuan viralkan bisnes awak. Saya tidak akan halalkan,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram Story.
Sementara itu, tidak mahu terus berdiam diri kerana difitnah, Ruhainies turut memaklumkan bahawa segala berita berkaitan dirinya yang dikeluarkan oleh pihak blogger dan media tanpa sesi temubual bersamanya adalah palsu.
“Terlalu lama saya mendiamkan diri dan membiarkan orang mereka cerita fitnah macam macam tentang saya.
“Terlalu banyak juga media dan bloggers yang tidak bertanggungjawab membuat article tanpa interview saya dan pembaca menganggap perkara yang dikeluarkan adalah benar.
“Ingin saya tegaskan disini, segala apa article yang dikeluarkan selama ini yang bukan interview dari mulut saya yang telah dikeluarkan adalah palsu,” jelasnya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam beberapa minit selepas dimuat naik.
Terdahulu, pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan aktor Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWl) di sebuah kondominium di ibu negara.
Selepas itu, perkahwinan antara Aliff Aziz dan pelakon Bella Astillah akhirnya terlerai selepas pasangan ini bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
Aliff turut menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply