“Allah Bagi Peluang Kedua” – Ditawar Berlakon Selepas Setahun Tiada Tawaran, Hafidz Roshdi Syukur Dapat Kembali Di Industri Seni

Sedia maklum, sejak berlakunya kes curang dan memukul bekas isterinya, Nurul Shuhada hingga cedera tahun lalu, pelakon Hafidz Roshdi seakan-akan ‘disenarai hitam’ dalam industri seni kerana tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Setahun tak dapat tawaran berlakon

Terkini, aktor terbabit meluahkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya penantian selama setahun untuk kembali menjadi pelakon sudah tamat.

Katanya kepada pihak media semasa ditemubual, sepanjang tiada tawaran berlakon, ia merupakan satu tempoh yang mencabar buat Hafidz.

Saya anggap kerjaya sebagai penghantar barang seperti proses ‘healing’ untuk saya selepas lapan tahun tak berehat sejak jadi pelakon. Saya rasa seperti membantu meredakan masalah bipolar yang dihidapi sejak 2021.

Reda dengan ketentuan Allah SWT

Biarpun sebelum ini pihak televisyen tidak membenarkan namanya berlakon di dalam mana-mana drama, tetapi Hafidz sama sekali tidak mempersoalkannya dan reda dengan ketentuan Allah SWT.

hafidz roshdi dan isteri

Mengenai perkembangan terbarunya, kini Hafidz sedang menjalani penggambaran bersama Global Station dalam sebuah drama berjudul Bawah Payung Awan dan akan disiarkan di Viu.

Malah sempat menyatakan bahawa dia meminati bidang lakonan dan berharap menerima banyak lagi tawaran berlakon selepas ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*