Pelakon Kamal Bakar Sedang N4zak, Doktor Minta Keluarga Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan

Pelakon veteran, Kamal Bakar, 62 dilaporkan berada dalam keadaan nazak selepas ditidurkan akibat komplikasi.

Sebelum ini, media melaporkan Kamal terpaksa ditidurkan selepas tahap oksigen menurun akibat komplikasi kanser paru-paru dihidapinya.

 

Jantung tak dapat tahan lama

Anaknya, pelakon Muhammad Hanis Kamaruldzman memberitahu denyutan jantung bapanya sudah tidak mampu bertahan lama dan keluarga sudah diminta bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Tambah pelakon berusia 35 tahun itu lagi, kanser dan strok yang dihidapi bapanya sudah semakin teruk sejak dimasukkan ke hospital pada awal Jun yang lalu.

Ayah tengah nazak sekarang. Kanser dan strok dihidapinya semakin teruk. Kuman pun dah merebak. Doktor memaklumkan bila-bila masa sahaja denyutan jantungnya boleh berhenti.

Ditidurkan, tahap oksigen rendah

Pada 3 Jun yang lalu Kamal dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keluarga berasa bimbang dengan perubahan sikapnya yang enggan bercakap dengan sesiapa namun tiada menunjukkan keadaan seperti sedang sakit.

Aktor itu kemudian dimasukkan ke ICU hospital itu dan ditidurkan akibat komplikasi kanser dan tahap oksigen yang rendah.

Kamal disahkan menghidap kanser sejak April lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*