Influencer Jasmin Sopeah Dedah Sudah Lama Berpis4h Dengan Suami – ‘Tiada Siapa Yang Mahu Perpisahan’

Enggan membiarkan orang ramai terus berteka-teki, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Jasmin Sopeah mendedahkan sudah berpisah dengan suami yang juga ‘influencer’, Muhd Fakha.

Sudah lama berpisah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by M I N (@jasminsopeahhhhhhhhhhhhh)

Menerusi hantaran di Instagram, Jasmin berkata, dia dan bekas suami sudah lama bercerai dan menjelaskan tujuan mendedahkan hal tersebut kepada umum bagi mengelakkan sebarang fitnah.

Tujuan posting Min (Jasmin) kali ini untuk menjawab semua pertanyaan dan untuk mengelakkan fitnah. Saya dan Fakha sudah lama berpisah.

Tiada siapa yang inginkan perpisahan tetapi kalau itu yang terbaik telah ditetapkan kepada kami.

Tolong doakan yang baik-baik untuk saya dan Faleeq (anak). Insya-Allah saya reda dan ikhlas.

Sementara itu, Fakha menerusi hantaran di TikTok Story miliknya, meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Doakan yang baik-baik.

Terdahulu, timbul desas-desus mendakwa rumah tangga pasangan itu sedang bergolak apabila mereka tidak lagi dilihat memuat naik konten bersama seperti kebiasaan.

Menguatkan lagi dakwaan apabila mereka dilihat memadam semua gambar dan video bersama termasuk gambar perkahwinan di media sosial masing-masing.

Imbas kembali, Jasmin dan Fakha mendirikan rumah tangga pada Mei 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Faleeq.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :  Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*