Jumpa jemaah haji termenung tepi jalan, ses4t 2 hari tak makan… Mutawif Malaysia ‘korb4n’ selipar, berkaki ayam bantu hantar balik hotel

DALAM usaha untuk mendapatkan haji yang mabrur, para jemaah pastinya akan berdepan pelbagai cabaran sepanjang berada di tanah suci Makkah.

Selain cuaca yang tidak menentu, jemaah yang sudah lanjut usia juga sering berdepan masalah kesihatan sehingga mengganggu kelancaran ibadah haji.

Di TikTok, kisah dua jemaah haji yang terkandas dan berdepan masalah kewangan ketika berada di Makkah meraih perhatian netizen.

Netizen berbangga dengan sikap mulia yang ditunjukkan pemuda Malaysia ini.

Dalam video berkenaan, jemaah dipercayai pasangan suami isteri itu kelihatan duduk termenung di tepi jalan sambil memerhatikan orang ramai.

Menurut Syafiqah Razali yang berkongsi kisah itu, pasangan berkenaan sudah lanjut usia dan mereka merupakan jemaan haji dari Indonesia.

“Mutawif jumpa pakcik dan makcik Indonesia ni terkandas dua hari. Tak makan dan masih berpakaian ihram.

Sekarang baru tahu kenapa
Arab Saudi hormat dengan jemaah haji Malaysia.
NETIZEN

“Handphone dan duit tak ada, selipar putus. Mutawif bagi makanan, air dan selipar dia sendiri.

“Lepas tu tolong hantarkan pasangan itu balik ke hotel mereka, kongsi Syafiqah.

Meskipun pasangan berkenaan bukan jemaah Malaysia, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap mereka

Malah, ramai yang tertanya-tanya identiti mutawif yang baik hati membantu pasangan tersebut sehingga mereka akhirnya selamat dihantar pulang ke hotel.

Menjawab soalan netizen, Syafiqah berkata mutawif berkenaan merupakan adik lelakinya.

Dua jemaah yang terkandas itu akhirnya dihantar pulang ke hotel mereka oleh seorang mutawif.

“Ni adik saya. Mash muda tapi tahu erti tanggungjawab, jaga jemaah macam keluarga sendiri,” tulis wanita itu.

Netizen mula membanjiri video itu dengan komen pujian dan berbangga dengan sikap baik yang dituniukkan mutawif berkenaan.

“Akhlak orang kita memang terbaik, sebak pula rasanya.

Mutawif itu sanggup berjalan kaki ayam selepas memberikan seliparnya kepada jemaah berkenaan.

“Sekarang baru tahu kenapa Arab Saudi hormat dengan jemaah haji Malaysia.

“Bagusnya anak muda ini. Sangat bertanggungjawab,” tulis beberapa netizen.

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*