[VIDEO] Leona Sudah Buat ‘Check Up’, Rasa ‘Annoying’ Netizen Asyik Cakap Fasal Tiroid – ‘Saya Tidak S4kit, Yang Tebal Itu Lem4k’

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memberi amaran terakhir kepada netizen agar tidak lagi bercakap mengenai bentuk lehernya yang didakwa menghidap penyakit tiroid.

Sudah buat ‘check up’

Menerusi hantaran di TikTok, Leona memberitahu dirinya sudah melakukan pemeriksaan kesihatan sebanyak dua kali dan keputusan mendapati dia bebas daripada penyakit tersebut.

Malah, anak kepada aktor Azhar Sulaiman ini berkata dia juga sudah melakukan pemeriksaan pengimejan ultrasound.

Ini adalah yang terakhir saya mahu bercakap tentang ini (tiroid). Sejujurnya ini adalah privasi saya tetapi kalian (netizen) tetap komen tentang perkara itu.

Untuk pengetahuan, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan. Bukan sekali tetapi dua kali. Untuk yang pertama saya buat full blood test dan keputusan adalah bersih (tiada tiroid).

Kemudian kalian masih bercakap, saya pergi lagi hospital dan saya buat sekali lagi pemeriksaan. Keputusan masih sama, bersih.

Tidak hanya itu, saya juga buat ultrasound dan tiroid saya adalah saiz normal. Yang tebal itu adalah lemak. Saya tidak sakit, tetapi itu adalah lemak. Saya juga nak beritahu, mata saya bukan sakit atau bengkak, tetapi ia besar.

Dalam hantaran sama, Leona berkata dia berasa menjengkelkan apabila ada segelintir netizen yang terus bercakap mengenai bentuk lehernya.

Oleh itu, tolong berhenti bercakap tentang tiroid. Agak annoying bila kalian ambil kisah tentang kesihatan saya sedangkan saya tahu saya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Saya tidak perlu justikasikan perkara itu kepada kalian kerana itu adalah privasi saya dan ini adalah badan saya.

Terima kasih kerana ambil berat tetapi itu agak biadap berikan komen tentang badan orang lain okay.

Video

@leonathe2nd

♬ original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : TikTok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*