[VIDEO] Hari Arafah Di Malaysia J4tuh Pada Hari Ahad, Ini Kelebihan Orang Yang Melakukan Puasa Sunat – ‘Akan Diampunkan Dos4nya…’

Seperti yang kita sedia maklum, Hari Arafah di Malaysia akan jatuh pada Ahad, 16 Jun bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah dan umatlah Islam sangatlah digalakkan untuk melakukan puasa sunat di hari tersebut kerana banyak kelebihan yang akan diberikan Allah SWT.

Kelebihan puasa sunat arafah

@noorhafiz91

Puasa Hari Arafah

♬ Emotional Islamic Music (2021) – Arslan Chaudhry

Terbaharu, seorang guru Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Noor Hafiz berkongsi kelebihan berpuasa di Hari Arafah menerusi hantaran di TikTok.

Di Malaysia, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha iaitu raya korban pada 17 Jun 2024 bersamaan hari Isnin.

Sehari sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu pada hari Ahad sangatlah digalakkan untuk kita yang berada di Malaysia dan tidak mengerjakan ibadah haji untuk melakukan ibadah puasa sunat Hari Arafah.

Ini kerana, pada hari tersebut, sesiapa yang mengerjakan puasa sunat Hari Arafah Allah SWT akan memberikan ganjaran yang sangat banyak.

Antara kelebihan berpuasa sunat pada Hari Arafah ialah akan diampunkan dosa mereka setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, Allah SWT akan mengampunkan dosanya setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.

Jadi, jom kita berpuasa sunat pada hari tersebut. Sebarkan kepada kenalan dan ahli keluarga kita, insya-Allah.

Niat puasa sunat Hari Arafah

Kredit: myjakim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : TikTok Noor Hafiz

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*