Netizen kec3wa Siti Nurhaliza muncul di konsert David Foster, peminat Indonesia pula anggapnya ‘hero’

KETIKA ramai mengkritik keputusan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima undangan mengadakan persembahan bersama komposer David Foster di Jakarta, Indonesia pada malam Sabtu, peminat disana menyifatkan penyanyi tersohor itu sebagai pahlawan.

Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 45, disifatkan suda menyelamatkan air muka penganjur konsertHitman Returns – David Foster and Friends’ bagi menggantikan penyanyi Jessie J yang menarik diripada saat akhir.

Walaupun tidak mempunyai banyak masa melakukan latihan, kemunculan Siti menerusi lagu I Will Always Love You nyanyian asal Whitney Houston berjaya memukau penonton di Indonesia.

Peminat di negara jiran itu memuji sikap profesional Siti dan kemampuannya memberikanpersembahan mantap walaupun dijemput disaat akhir.

“Hero sebenar, Siti menyelamatkan situasi.

“‘Siti sangat profesional padahal dia hanya artis pengganti tetapi persembahan yang diberikan sangat matang dari segala aspek.

“Undangan saat akhir, tak banyak waktu untuk but persiapan cuma sehari sahaja tetapi masih boleh berikan persembahan terbaik.

“Orang Indonesia sangat menghargai Siti kerana dia juga menghargai peminat di sini. Siti sangat dihormati malah namanya lebih besar daripada artis-artis Indonesia yang lain,” tulis netizen

Sebelum itu, timbul kontroversi apabila Siti menerima tawaran untuk membuat persembahan bersama David.

Gerakan Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) turut kesal penyanyi dengan penyertaannya kerana David merupakan penyokong kuat rejim Zionis.

David juga didakwa sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera Israel termasuk acara yang dianjurkan oleh’ Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF).

Susulan itu, ramai mula mendesak Siti membatalkan kemunculannya dan meluahkan rasa kecewa apabila penyanyi it meneruskan persembahan di konsert tersebut.

Ramai menganggap Siti tidak sensitif selain dituduh tidak membuat semakan tentang latar belakang David sebelum bersetuju.

Tinjauan pula mendapati, Siti juga tidak berkongsi sebarang foto atau video persembahannya bersama David di laman sosial miliknya.
Bagaimanapun, peminat setia penyanyi berkenaan tampil mempertahankan tindakan Siti yang dianggap mempunyai alasan tersendiri ketika menerima tawaran tersebut.

“Bagi saya tidak adil juga nak hentam Siti fasal konsert di Jakarta malam tadi. Dia tidak terlibat pun dalam promosi awal penganjur, dalam poster pun tak ada.

“Siti hanya menjadi pengganti sat akhir selepas Jessie tarik diri. Ada juga rakan artis lain seperti Rossa dan Afgan.

“Benda ini iadi kompleks selagi mana kita tidak berada di tempat Siti. Masa, keadaan dan situasi semua itu memainkan peranan,” tulis mereka.

Ogos tahun lalu, Siti pernah berkongsi pentas dengan David menerusi konsert ‘Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023’ di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*