Penyanyi dan penyampai radio, Mawi membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya pernah berdepan dengan pengalaman sakaratul maut.
Mati 15 minit
@kerul.series MAWI PERNAH MATI DAN HIDUP SEMULA – PENGALAMAN SAKARATULMAUT Part 1 #kerulseries #misteri #seram #mati #mawi #podcast #fyp #fypage
Pendedahan itu dibuat pemilik nama Asmawi Ani ketika menghadiri satu podcast yang dimuat naik di YouTube KerulSeries.
Menurut Mawi, dia mengalami gejala muntah darah sebelum disahkan mati selama 15 minit.
Waktu itu saya muntah darah dan disahkan mati 15 minit, kemudiannya saya hidup balik.
Betul bro, ini real. Jantung saya berhenti.
Masa itu yang ada tengok saya ialah pak cik saya, isteri saya dan kembar dia.
Tambah Mawi, ahli keluarganya yang berada bersama ketika itu turut mahu membacakan surah Yasin buatnya kerana disahkan tidak lagi bernyawa.
Nurse pun datang tengok saya memang dah tak ada dah.
Dan diorang (yang ada) dah plan nak bacakan surah Yasin dah untuk saya sekali, saya buka mata balik.
Menceritakan semula kejadian tersebut, Mawi berkata dia merasakan seperti liang roma di bahagian kulitnya seakan tersiat ketika proses sakaratul maut tersebut.
Masa itu waktu asar, saya rasa macam ada benda (roh) masuk bahagian kaki saya dan naik sampai ke lutut kemudian dia keluar.
Lepas itu, dia masuk dari lutut sampai ke pinggang dan leher kemudian dia keluar lagi. Maksudnya bahagian badan saya dah mati, tinggal kepala je yang masih hidup dan boleh bergerak.
Sampai je di bahagian kepala seakan dah nak keluar roh itu, saya terasa di bahagian liang roma kulit macam kena siat dan mengembang. Macam ada benda nak keluar daripada jasad kita.
Dan masa dia nak keluar itu, saya nampak semua benda berpusing dan bersepai macam nak kiamat.
Lepas itu benda itu terus keluar dari kepala saya dan sebab itulah saya disahkan mati selama 15 minit.
Video penuh
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : TikTok, YouTube KerulSeries
Leave a Reply