[VIDEO] ‘Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Sebarang Pengakuan S4lah Sebaliknya Memberikan Keterangan Kepada Majistret’ – Peguam Mahmud

Pagi tadi berlangsungnya prosiding secara tertutup di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Hanya keterangan bukan pengakuan

Peguam yang mewakili ibu bapa Zayn iaitu Fahmi Abd Moin dan Mahmud Abdul Jumaat, menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengetahui sama sekali akan prosiding yang akan dilakukan pada hari ini dan hanya menerima makluman daripada pihak media.

Fahmi dan Mahmud kemudian menegaskan bahawa anak guam mereka, iaitu Ismanira Abdul Manaf tidak membuat sebarang pengakuan malah hanya memberi keterangan kepada pihak mahkamah.

Ini adalah di bawah Seksyen 26 (1) Akta Keterangan iaitu pengakuan salah. Kalau kita buat (pengakuan) dalam jagaan PDRM ianya tidak boleh diguna pakai dalam mahkamah, kecuali pengakuan salah tersebut dibuat di hadapan hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret.

Anak guam tidak membuat sebarang pengakuan salah sebaliknya dia memberi keterangan kepada tuan majistret.

Ketika disoal tentang prosedur melakonkan semula kejadian yang menimpa Zayn Rayyan, peguam tersebut menjelaskan bahawa ianya adalah siasatan yang biasa dilakukan.

Bagi saya itu adalah siasatan biasa dilakukan. Untuk melengkapkan siasatan, kita perlu membawa suspek ke tempat kejadian (crime scene). Namun ianya tidak memberi sebarang indikasi siapa yang bersalah dalam kes ini.

Dalam pada itu, Mahmud memohon kepada orang ramai agar tidak menyebarkan info yang tidak sahih memandangkan kes masih lagi dalam siasatan.

Oleh yang demikian saya memohon orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang berita atau spekulasi yang tidak sahih tentang kematian arwah. Kerana terdapat percanggahan yang jelas sewaktu Isma memberi keterangan kepada majistret dengan apa yang di uar-uarkan di luar sana.

Sebelum ini, Ismanira berkongsi di Facebook mengenai kehilangan anaknya ketika menaiki tangga ke rumah mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai selepas bermain di taman permainan kawasan tersebut, 5 Disember lalu.

Pada 7 Disember, mayat Zayn Rayyan yang merupakan anak istimewa itu ditemui di aliran sungai berdekatan blok rumahnya. Mangsa disyaki dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di lokasi kejadian. Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa.

Sebelum ini, tempoh penahanan reman ibu bapa Zayn Rayyan telah disambung selama enam hari sehingga 13 Jun ini. Pasangan suami isteri itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

@ohbulanofficial

Replying to @MelissaR Keterangan lanjut dari Peguam Ibu Zayn Rayyan, Peguam Mahmud #ohbulan #fyp #news #peguam #zaynrayyan #mahakamah

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*