“Saya Cuma Buncit Sikit..” – Nampak ‘Baby Bump’ Selepas Dua Bulan Bernikah, Syasya Rizal Akui Belum Ada Simptom H4mil

Baru-baru ini penyanyi dan bekas ahli kepada kumpulan Dolla, Syasya Rizal menjadi perhatian netizen semenjak resepsinya pada Sabtu lalu. Susulan majlis tersebut, muncul pula spekulasi penyanyi itu sedang hamil.

Nafi sedang berbadan dua

Bagaimanapun, Syasya tampil menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dirinya sedang berbadan dua, malah dia berkata dirinya tidak menunjukkan sebarang simptom sedang hamil.

Sebenarnya saya tidak buat sebarang pemeriksaan tetapi saya rasa buat masa ini saya belum hamil lagi.

Setakat ini macam biasa sahaja, saya rasa normal sahaja itu sebab saya tidak buat pemeriksaan. Kalau ada insyaAllah saya akan kongsikan kepada semua tapi buat masa ini apa saya boleh katakan tiada lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ✨ SYASYA RIZAL ✨ (@syasya.rzl)

Bukan baby bump

Di samping itu, Syasya turut berkata salah satu faktor yang menyebabkan timbulnya dakwaan tersebut mungkin disebabkan baju pengantinnya yang sedikit ketat menyebabkan dirinya terlihat seperti ada baby bump.

Mungkin juga sebab baju pengantin yang saya pakai ini agak ketat sikit, jadi nampaklah seperti ada (baby bump) tetapi sebenarnya tak ada pun.

Saya juga terbaca komen netizen yang kata saya hamil tu. Saya cuma buncit sikit sahaja. Saya rasa lepas kahwin kalau gemuk perkara biasa, bahagia makan banyak.

Untuk info, pada 20 April lalu, Syasya telah melangsungkan pernikahan dengan suaminya, Nasrullah selepas mengumumkan pengunduran dari Dolla.

syasya rizal fokus pengajian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*