Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal memberitahu dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali menyanyi semula pada masa akan datang.
Bagaimanapun Syasya atau nama lengkapnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, berkata, buat masa sekarang fokusnya adalah pada suami dan pengajiannya.
Saya rasa sudah tiba masanya untuk mulakan langkah baharu dalam hidup, kalau sudah rezeki saya sebagai penyanyi setakat itu sahaja tidak mengapa.
Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Untuk masa sekarang memang saya tidak akan menyanyi. Saya mahu fokus pada pengajian saya. Namun, kerjaya sebagai penyanyi itu sudah mengalir dalam badan saya, a apart of me.
Keputusan itu dibuat bersama dengan suami saya. Kami berdua sudah bersetuju yang saya tidak akan menyanyi.
Sementara itu, suami Syasya iaitu Nasrullah berkata dia tidak menghalang isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam industri.
Saya sebagai suami tidak menghalang untuk dia bekerja. Tetapi sebaiknya dia menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah. Berkenaan bidang seni, jika ada rezeki pada masa depan insya-Allah.
Dalam pada itu, Syasya akui berat hati meninggalkan Dolla dan rakan-rakanya dalam kumpulan tersebut. Namun percaya sokongan yang diberikan tidak pernah putus.
Memang berat hati untuk tinggalkan Dolla. Kami dalam Dolla sudah seperti adik-beradik. Alhamdulillah, ahli Dolla yang lain sangat memahami keputusan ini.
Kami pernah bercakap seandainya ada di antara kami yang buat haluan masing-masing, pasti akan terus sokong.
Lama juga masa yang saya ambil untuk berfikir sebelum nak keluar Dolla. Mereka sudah tahu lama juga, beberapa bulan sebelum saya beritahu kepada umum. Kami masih berhubung walaupun mereka kata mereka sangat sedih.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Oh Bulan
Leave a Reply