Sheila Rusly Luah Hasrat Nak Cucu Lelaki, Elisya Sandha & Suami Sibuk Cari Duit Beli Rumah RM1.2 Juta

Pelakon Elisya Sandha memberitahu ibu mentuanya yang juga pengarah dan penerbit Shiela Rusly sudah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua.

Nak cucu lelaki

Menurut Elisya, dia dan suami Uzair Haqimy bagaimanapun tidak mempunyai perancangan untuk menambah zuriat dalam masa terdekat memandangkan masing-masing sibuk mencari duit untuk membeli rumah baharu.

Zuriat juga dalam perancangan, mak mentua (Sheila Rusly) dah tanya sebenarnya. Dia cakap ‘ha Elisya dah boleh dah ni, Bunga dah besar, bagi la anak lelaki seorang’.

Tapi sekarang ini kita tengah fokus pada karier masing-masing. Kita berdua memang tengah nak cari duit, belum terfikir lagi untuk ada anak seorang lagi.

Cumanya, saya dan suami cakap kalau ada rezeki itu, why not, just go for it. Tahun ini memang agak sibuk untuk cari duit, yela saya nak beli rumah, suami pula nak bawa saya pergi umrah.

Kalau ibu saya sendiri pula tak kisah sebab cucu dia dah ramai. Mak mentua saya pula, cucu dia baru seorang. Itu yang tanya bila nombor dua, Insya-Allah ada rezeki tahun hadapan.

 

Berkongsi lanjut mengenai rumah yang dibeli, Elisya berkata kediaman tersebut jenis landed berharga RM1.2 juta.

Untuk tahun ini, saya memang sasarkan untuk beli rumah sendiri. Memang masa zaman sekolah, saya dah tanam hasrat bila umur 25 tahun kena ada rumah sendiri.

Alhamdulillah, saya masih merancang dan insya-Allah tahun ini saya akan ada rumah sendiri. Yang sekarang ini, saya tak anggap rumah saya sebab itu suami yang beli.

Saya nak ada rumah dari hasil duit saya sendiri yang susah payah kumpul. Ikutkan saya dah jumpa rumah ini, tengah tunggu nak bayar duit pendahuluan.

Dari habis sekolah, saya memang fokus nak beli kereta dan rumah. Dalam masa lima tahun saya dapat kumpul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Imbas kembali, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Bunga Elhaq, 2.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*