Akibat Mulut L4ncang & ‘B0dy Sh4ming’ Ketika ‘Live’ FB, Eira Aziera Akhirnya Bayar Ganti Rug1 RM100K Kepada Suharnizan

Pempengaruh, Eira Aziera yang pernah tular gara-gara menghina bentuk fizikal atau ‘body shaming’ seorang individu ketika ‘live’ di Facebook, akhirnya membayar ganti rugi yang diperintahkan oleh mahkamah.

Kerja keras kumpul duit, dah siapkan cek

Menerusi TikTok, Eira berkongsi video permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa, Suharnizan Md Sidek kerana kata-kata yang pernah diucapkannya sebelum ini.

Kata Eira, hasil bekerja keras dia akhirnya berjaya mengumpul RM100,000 dan mendedahkan telah menyediakan cek untuk diserahkan kepada Suharnizan.

Dalam pada itu, dia turut meminta orang ramai mendoakan agar dia mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku dan menjadi insan yang lebih baik.

Difahamkan, permohonan maaf itu diarahkan untuk dikekalkan pada semua platform media sosial Eira selama 6 bulan dari hari ia mula disiarkan.

Selamba ‘body shaming’ waktu buat ‘live’

Sekitar Ogos 2020, Eira telah melemparkan kata-kata ‘badan gemuk serupa bab*’ terhadap Suharnizan dalam siaran ‘live’. Pada 13 Oktober 2020, Suharnizan telah memfailkan saman lebih RM2 juta terhadap pempengaruh itu di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, atas dakwaan menjadi mangsa penghinaan bentuk fizikal olehnya.

Pada Jun 2022, mahkamah mengarahkan Eira untuk membayar ganti rugi berjumlah RM100,000 serta kos guaman sebanyak RM30,000 kepada Suharnizan.

@eiraaziera6699

Pemohonan maaf secara terbuka kepada suharzan md sidek.. 🙏

♬ original sound – Eira Azieraa – Eira Azieraa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*