PENDAKWAH bebas Don Daniyal direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah yang bersiaran di RTM susulan kontroversi membabitkan dirinya.
Ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, langkah tersebut diambil bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan dalam kalangan netizen di media sosial.
Malah kata Suhaimi, pihaknya juga enggan kontroversi membabitkan Don menggangu penyiaran program berkenaan sepanjang musim Haji tahun ini.
Suhaimi mahu jaga nama baik Salam Baitullah.
“Keputusan itu dibuat untuk meredakan keadaan memandangkan pelbagai pendapat dan perbahasan berlaku di ruang maya.
“Dan juga mengurangkan kontroversi yang mungkin mengganggu perjalanan program Salam Baitullah,” katanya.
Sebelum ini, nama Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, menjadi sebutan ekoran berkongsi kisah percintaan pertama Nabi Muhammad SAW yang didakwa bersandarkan cerita dan hadis palsu.
Perkara itu mencetuskan kemarahan orang ramai selain menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pendakwah bebas itu.
Don merupakan salah seorang pengacara Salam Baitullah yang digandingkan bersama Fakrul Razi daripada kumpulan UNIC.
Salam Baitullah merupakan rancangan tonggak RTM bersiaran setiap kali musim haji yang telah memasuki musim ke-16.
Imam Muda Megat Mohd Zaid (kiri), Farah Diana Anuar, Ustaz Don, dan Fakrul Razi.
Rancangan ini juga menampilkan barisan panel pendakwah terkemuka tanahair, berkongsi pengalaman, tip dan juga panduan kepada bakal haji.
Bersiaran selama 17 episod, Salam Baitullah disiarkan di TV 1 pada pukul 9 malam setiap hari.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar
Leave a Reply