[VIDEO] Netizen Terhibur Gelagat Aidid Marcello Cvri-Cur1 Rakam Video Anak Dapat Lesen Memandu – ‘Habislah Kereta Aku’

Gelagat personaliti televisyen, Aidid Marcello merakam momen anak gadisnya menerima lesen kereta telah menyorot perhatian warganet.

Senyum lebar ambil lesen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aidid Marcello 🎬 (@aididmarcello)

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Aidid merakam reaksi anak gadisnya, Alyea Nai Lina yang kelihatan gembira ketika menerima lesen memandu.

Bukan main kau posing dengan lesen P tu. Senyum. Kau tengok ni, ni pun keputusan juga ni. Ambil keputusan SPM tak senyum sangat.

Dapat keputusan P je, belum dapat penuh lagi dah senyum.

Habislah kereta aku, nak kena tambat kereta aku.

Dalam nada berseloroh, Aidid berkata, lelaki yang membantu anaknya mengambil gambar tersebut dilihat sedang mencuba untuk memikat.

Ambil gambar seorang pula. Abang ni ‘adjust’ aku rasa. Bukannya aku tak tahu, aku pernah muda.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat gelagat dua beranak itu selain mengucapkan tahniah kepada Alyea.

Dalam masa yang sama, warganet juga tidak menyangka Aidid mempunyai cahaya mata yang sudah menganjak dewasa.

Ayah pun siap buat penceritaan lagi, kami terhibur

Alahai bapaknya pun mengintip bukan main. Muka macam Norzie masa muda-muda dekat Majalah 3.

Alhamdulillah, tahniah dan enjoy driving around!

Dah besar anak Aidid dan Norzie ni.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram Aidid Marcello

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*