Memetik Harian Metro, peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Matiin yang kini ditahan remah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memaklumkan bahawa dia sudah lagi tidak mewakili mereka mulai hari ini.
Peguam, Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata dia lagi tidak mewakili pasangan suami isteri itu atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.
Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak untuk menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi laiar mengenai kes ini demi kebaikan bersama.
Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan itu setelah pasangan berusia 28 thaun itu ditahan polis di rumah mereka yang berlokasi di Puncak Alam, Jumaat lalu.
Terdahulu, negara digemparkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam 6 Disember lalu.
Mangsa disahkan telah dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Harian Metro, Beautifulnaara
Leave a Reply