RAKAMAN menunjukkan seorang lelaki melafazkan iqamah selepas kelahiran cahaya mata pertamanya tular di media sosial.
Momen yang mengharukan ini mendapat perhatian ramai kerana si bapa yang dikenali sebagai Pak Yob sudah berusia 80 tahun.
Dalam satu perkongsian di media sosial yang dibuat oleh isterinya, Ummi Mak Ha, dia menjelaskan bayi perempuan mereka selamat dilahirkan Jumaat (31 mei) pada pukul 9.30 malam.
Perbezaan usia pasangan ini adalah 38 tahun.
“Kurniaan zuriat dari Allah di usia ayahnya 80 tahun. Puteri kami dilahirkan,” ujarnya menerusi kapsyen pada video dimuat naik di TikTok.
Kelahiran bayi ini begitu bermakna buat pasangan ini kerana si comel itu merupakan zuriat pertama mereka setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah, jarak usia 38 tahun tidak menghalang Ummi Mak Ha untuk bernikah dengan Pak Yob.
Jika diteliti pada ruangan komen, ternyata ramai dalam kalangan netizen mengikuti perkembangan kehidupan mereka sebelum ini.
“Umur (Ummi Mak Ha) 42 tahun. Ni anak sulung. Sudah lama mereka tunggu zuriat.
“Tak silap saya ada terbaca, anak sulung. Lama mereka tunggu.
“Allahuakbar, akhirnya makbul juga doa mereka nak zuriat,” komen netizen pada video tersebut.
Allahuakbar, akhirnya makbul juga doa mereka nak zuriat.
NETIZEN
Selain itu, ramai dalam kalangan warga maya turut berkongsi kisah mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Video yang meraih lebih 1 juta jumlah tontonan itu dirakamkan di Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Rata-rata netizen di ruangan komen turut menzahirkan rasa syukur dan memberikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.
“Alhamdulillah suami 80 tahun, isteri muda ada harapan dapat zuriat. Kalau isteri berumur jadi susah sikit nak dapat zuriat.
Komen netizen pada video.
“Rezeki Allah tok. Umur 80 masih dapat anak baru lahir. Memang murah rezeki atok ni, pasti hebat amalannya.
“Bertuah anak ni. Mungkin kudrat si ayah tak seperti orang muda mengejar dan berlari-lari dengan anak. Tapi kasih sayang, perhatian dan layanan tiada tandingan,” komen netizen.
Sementara itu, Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah, Seberang Perai ketika dihubungi mStar mengesahkan perkara ini.
mStar cuba mendapatkan Ummi Mak Ha namun sehingga kini masih gagal untuk dihubungi.
VIDEO
@ummimakhapakyob Kurnian zuriat dari Allah di usia Ayahnya umur 80 tahun, 9.30mlm hari Jumaat 31May2024 Puteri kami dilahirkan
♬ original sound – Ummi Mak Ha Pak Yob – Ummi Mak Ha Pak Yob
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply