“Macam 3 musim jadi pengacara” – Aaisyah hos jemputan Nona, Che Ta tak sangka anak ada bakat

PELAKON Rozita Che Wan tumpang bangga melihat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana menjadi pengacara jemputan rancangan Nona bersama Amyra Rosli pada Ahad.

Kata Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 50, awalnya dia bimbang anaknya tidak berminat namun tidak menyangka menyambut baik lamaran pihak produksi.

“Semasa dapat tawaran Nona, kami cakap nak tanya Aaisyah dulu, kalau dia tidak berminat susah dia merentan pula di set.

Aaisyah ketika di set penggambaran Nona.

“Mummy bukannya rajin sangat duduk di set. Daddy dia pula tidak bagi kalau kacau hari sekolah. Tetapi Aaisyah sendiri tergedik-gedik mahu. Mummy setuju sahaja,” katanya.

Rozita berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad yang turut memaparkan Aaisyah sedang duduk sopan di atas kerusi semasa merakamkan rancangan berkenaan.

Kata Rozita dia tidak menyangka Aaisyah pandai membawa diri di set penggambaran selain menunjukkan sisi yang matang yang jarang dilihat.

Malah dia juga tidak menyangka Aaisyah mempunyai bakat mengacara dengan baik meskipun ini pengalaman pertamanya.

“Cara duduk macam tiga musim jadi pengacara. Sakan yang ini pun.

“Tak sangka dia berkelakuan baik di set. Rupanya, besar sudah anak dara kami,” kongsinya.

Kata Rozita semasa dalam perjalanan ke set penggambaran Aaisyah memberitahu dia ingin menjadi seorang juruterbang apabila dewasa kelak.

Aaisyah bergandingan bersama Amyra di rancangan Nona.

Namun semasa ditemu bual, Aaisyah dengan yakin mahu menjadi pengacara televisyen dan menggantikan Amyra suatu hari nanti.

“Nak jadi pengacara televisyen mungkin nanti boleh ganti Aunty Myra,” kongsinya.

Untuk rekod, Aaisyah merupakan anak hasil perkongsian hidup Rozita bersama suaminya pelakon Zain Saidin.

Mereka juga mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.

VIDEO

@tv3malaysia

Wow special kat Nona harini, kita ada @aaisyahdhiaranaadr tau sebagai hos jemputan! Katanya boleh ganti aunty @aamyrarosli8 😊 Saksikan NonaTV3 2 Jun Ahad, jam 2 petang hanya di TV3! Strim juga melalui Tonton www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton sekarang! InspirasiGenerasi SentiasaBersamamu NonaTV3 inspirasigenerasi sentiasabersamamu

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*