PELAKON Wawa Zainal mendedahkan anak perempuannya trauma ketika menjayakan satu babak dalam filem Abnormal Buas bersama aktor Adlin Aman Ramlie.
Wawa, 32, memberitahu anaknya iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, menangis ketakutan ketika menjalani babak dia dicekik Adlin.
“Ada satu babak tu Adlin pegang macam cekik Hayla, masa babak tu dia menangis dan rupa-rupanya Hayla betul-betul menangis sebab takut sangat, dia sakit.
Aeril dan Wawa berkongsi cerita mengenai lakonan anak mereka Hayla.
“Tak biasakan, dia malu sebab Adlin lelaki tambah pula Hayla sangat pemalu bila ada orang peluk dan ‘grab’ dia macam itu. Jadi dia menangis, takut dan malu,” katanya.
Wawa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran novel adaptasi filem Abnormal Buas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, Aeril pula memberitahu Hayla menjadi takut untuk berlakon lagi namun mujur babak tersebut yang terakhir bersama Adlin.
“Dia trauma juga, takut nak berlakon lagi. Tapi selamat babak tu yang terakhir dengan Adlin. Jadi trauma dia tu kita dapat selamatkan.
“Tapi babak tu menjadilah dan mungkin kalau ada babak lagi dengan Adlin dia takut,” katanya.
Tambah Aeril, dia dan Wawa sebenarnya terkejut dengan bakat anak mereka memandangkan Hayla tidak mempunyai asas lakonan.
Melihat kepada bakat dimiliki, merekq sepakat menghantar Hayla menyertai kelas lakonan bagi menambah ilmu.
“Sebenarnya kami agak terkejut dengan Hayla sebab dia tiada asas lakonan, tapi dia tak kekok langsung.
“Kemudian kami ada juga hantar dia ke kelas lakonan untuk menambahbaik ilmu lakonannya,” ujarnya.
Antara barisan artis filem Abnormal Buas.
Dalam perkembangan lain, filem Abrnormal Buas yang turut menampilkan Aeril sebagai pelakon bakal ditayangkan pada 20 Jun ini di pawagam.
Selain Aeril, Adlin dan Hayla, filem itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramli, Kodi Rasheed, Jalil Hamid dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Filem terbitan Respected Netizen Sdn Bhd it merupakan naskhah kedua selepas Sabda Kekasih.
Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Selain Hayla, pasangan ini dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply