Ibu Bapa Zayn Rayyan Dit4han Rem4n, B4ntu Sias4tan Kes

 

Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai, Disember lalu telah ditahan polis.

Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan

Memetik laporan Sinar Harian, pasangan suami isteri itu ditahan di sekitar Puncak Alam, pada Jumaat kira-kira jam 11 pagi. Lelaki dan wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussen Omar Khan mengesahkan berkaitan penahanan tersebut. Jelasnya, pasangan suami isteri itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman, pada Sabtu.

Sebelum ini, ibu Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf berkongsi di Facebook mengenai kehilangan anaknya ketika menaiki tangga ke rumah mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai selepas bermain di taman permainan kawasan tersebut, 5 Disember lalu.

Pada 7 Disember, mayat Zayn Rayyan yang merupakan anak istimewa itu ditemui di aliran sungai berdekatan blok rumahnya. Mangsa disyaki dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di lokasi kejadian. Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Sinar Harian, Gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*