Bukan mudah untuk melalui perjalanan hidup tanpa suami di sisi. Namun isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim dilihat sangat kuat dan positif walaupun diuji dengan kematian suami.
Reda dengan ujian Allah
@bestscenedramamovie Kemunculan @inasuhaimi78 di live tiktok sememangnya dinanti-nantikan ramai pengikutnya.. Ramai yang sebak dan merindui ina dan arwah ss.. Semoga arwah ss bersemadi tenang dan berada di tempat yang indah.. Moga ina dan anak2 kuat dan diberi rezeki melimpah ruah… #inanaim #inasuhaimi #inanaim #inanaem #suhaimisaad
♬ original sound – Best Scene Drama / Movie – Best Scene Drama / Movie
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Nor Diana Naim itu berkata, dia memilih untuk tidak terlalu meratapi pemergian arwah suaminya.
Saya tak suka sangat melayan perasaan sedih tu sebab saya tahu dia sedang berbahagia di sana.
Dalam masa yang sama, Ina sempat menitipkan nasihat kepada setiap individu di luar sana supaya bersabar dan reda dengan ketentuan Allah SWT meskipun sedang dilanda ujian.
Kita jangan sedih sangat, setiap orang Allah uji. Cuma kita tak tahu ujian kita macam mana.
Sabar, reda. Allah ada. Ada nikmat yang Allah nak bagi tapi kita tak tahu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi ketabahan hati Ina dan memuji arwah Suhaimi yang mengajar isterinya tentang erti reda.
Masya-Allah terbaik didikan arwah.
Kuatnya Ina Naim walaupun bukan mudah ya.
Bagus Ina, hidup perlu diteruskan. Bersangka baik dengan Allah.
Kuat di depan orang lain tapi di hati Allah sahaja yang tahu. Memang kita kena kuat kalau tak kita akan jadi longlai.
Terdahulu, kesihatan Suhaimi dilaporkan merudum sejak awal Oktober tahun lalu selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).
Selepas enam hari ditidurkan dan mendapatkan rawatan, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : TikTok
Leave a Reply