Sebelum ini, pelakon Zara Zya memberitahu dia menghidap dua sindrom iaitu Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrome.
Terpaksa jalani pembedahan
Terbaru, Zara Zya memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang beberapa ketumbuhan serta rawatan bagi dua sindrom tersebut, hari ini.
Assalamualaikum. Dengan rendah diri, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang saya kasihi, sama ada yang mengenali saya ataupun tidak. Sekiranya saya pernah menyakiti hati anda, maafkanlah saya.
Esok, hari Jumaat yang mulia, saya akan menjalani pembedahan dan rawatan untuk membuang cyst, fibroid,dan melakukan ‘facet joint injection’. Saya sudah berada di hospital ini hampir dua minggu.
Pada mulanya, saya hanya ingin membuat pemeriksaan untuk sakit artritis, tetapi kemudian didapati saya juga menghadapi masalah Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.
Selain itu, saya juga menghidapi cyst (Bosniak IV) di buah pinggang kiri dan mempunyai fibroid,” tulisnya.
Ujar Zara, dia memohon doa dan kemaafan daripada semua pihak.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Jangan lupa untuk memaafkan saya, ya. Ujian ini dari Allah S.W.T dan saya redha dengan semuanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Oh Bulan
Leave a Reply