FASA bercinta sememangnya semua kelihatan indah belaka.
Walaupun terserlah keburukan atau kelemahan pasangan, namun demi sayang, segala-galanya diletak tepi asalkan si dia sentiasa berada di sisi.
Begitu juga dengan situasi yang dialami gadis ini yang mana dia sanggup mengenepikan keperluan diri sendiri untuk membantu teman lelaki yang sering mempunyai masalah kewangan.
“Boyfriend 24 tahun, dah bekerja. Selalu bagi dia pinjam duit kalau susah sebab nak jadi understanding girlfriend.
“Plus, dia janji nak bayar cepat,” kongsinya dalam satu hantaran di laman X.
Tidak dinafikan ramai yang sanggup berkorban kerana terlalu menyayangi kekasih. -Gambar hiasan
Malah gadis yang mengakui masih bergelar pelajar itu mendedahkan, sehingga kini teman lelakinya masih belum melunaskan hutang pinjaman wang kepadanya yang berjumlah sekitar RM6,000.
Mengakui ada kalanya dia sendiri tertanya-tanya sama ada tindakannya itu kurang cerdik pada pandangan orang lain, namun ujarnya, dia tidak kisah berkorban kerana meyakini lelaki tersebut seorang yang setia.
“Dia selalu ada dan setia, cuma financially tak stabil,” luahnya lagi.
Perkongsian gadis tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.
Bercinta pun dah nampak tak mampu. Nak tunggu kahwin, mampus makan pasir mu dengan anak.
NETIZEN
Ada di antara mereka menyifatkan gadis berkenaan bodoh kerana tidak menyedari dirinya sedang dipergunakan oleh teman lelaki.
“Setia sebab duit. Cuba hang (awak) tak ada duit. Setia kelaut anon. Jangan jadi bodohlah anon. Cepat sikit sedar sebelum jadi RM10,000.
“Orang kata cinta itu buta. Tapi cinta anon macam bodoh, bukan buta.
“Macam terbalik je, sepatutnya anon la yang kikis duit dia sebab dia dah kerja,” komen netizen.
Sebahagian daripada komen netizen yang memberi nasihat kepada gadis berkenaan.
Sementara itu, sebahagian netizen lain mencadangkan supaya gadis berkenaan memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana lelaki tersebut sudah menunjukkan ciri ‘red flag’.
“Bercinta pun dah nampak tak mampu. Nak tunggu kahwin, mampus makan pasir mu dengan anak.
“Stop immediately, suruh dia bayar sebelum apa-apa. Kalau anon tak bagi hutang sampai RM6,000 dia mati ke?
“Kalau sebelum nikah pun dah macam ni, dah nikah esok tak tahulah macam mana,” demikian antara komen netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply