Zahida Rafik Ded4h R4hsia ‘Maintain’ Awet Muda – ‘Bukan Sayalah Kalau Tidak Berpeluh Sehari’

Baru-baru ini, satu portal hiburan sempat menemu bual pelakon Zahida Rafik setelah sekian lama tidak melihatnya muncul di kaca televisyen.

Menurut Zahida, dia tidak pernah menghilangkan diri dari dunia seni, sebaliknya sibuk mengembara ke beberapa buah negara untuk mendaki bukit dan menikmati alam semula jadi.

Rajin bersenam

Terbaru, sempat bertanya kepada Zahida mengenai rahsia kekal awet muda. Menurut Zahida, dia gemar bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat tatkala usianya sudah memasuki 49 tahun.

Saya tak suka duduk diam di rumah. Saya pergi ke gimnasium, bersenam dan sebagainya. Setiap hari, saya akan melakukan aktiviti, kalau sehari tidak berpeluh bukan sayalah.

Saya juga atlet sejak sekolah rendah, saya main ‘netball’, berlari dan sebagainya. Jadi, saya sudah terbiasa, tapi saya juga suka makan.

Kalau suka makan, kena bersenam banyak. Jadi, saya akan rajin bersenam, itu cara saya kekalkan kesihatan baik.

Tambah Zahida, dia mempunyai jurulatih peribadi dan akan ke gimnasium tiga kali seminggu. 

Di samping itu, pelakon ‘Mami Jarum’ ini berkata, dia tidak suka mengambil mana-mana ubat diet mahupun suplemen bagi menurunkan berat badan.

Saya bukan jenis suka makan ubat diet, tahan nafsu makan dan sebagainya. Makan semua itu ada kesan, kalau saya ada peluang cakap, memang saya akan larang makan benda-benda ini.

Kalau jaga kesihatan dengan baik, jaga pemakanan dan rajin bersenam bukan dengan ubat diet dan potong usus sebagainya.

Tapi, saya tak mahu cakap banyak kerana ia pendirian masing-masing. Kalau ada peluang berkongsi, saya kongsi mengenai pemakanan yang sihat.

Terdahulu, Zahida Rafik memberitahu dia rindu untuk kembali berlakon. Ujar Zahida, perasaan rindu itu sudah semestinya ada dalam dirinya apatah lagi melihat kawan-kawan seangkatan masih aktif berlakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zahidarafik (@zahidarafik)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*